PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Ekonomi Madani berteraskan dua tunjang penting iaitu penstrukturan semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat mulai 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata selepas setahun mentadbir, kerajaan Madani telah memperkenalkan rangka kerja ekonomi Madani pada 2023 bagi menetapkan hala tuju ekonomi negara.
Amir Hamzah berkata dari segi ekonomi, kerajaan akan menaikkan siling yang merujuk kepada penstrukturan semula ekonomi bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih tangkas dengan saiz yang lebih besar agar hasil dapat diagihkan secara sama rata kepada rakyat.
"Ini termasuk usaha yang dibuat kerajaan seperti membawa masuk pelaburan asing langsung ke Malaysia seperti apa yang dilaksanakan pada tahun lepas melalui program dan misi kerajaan," katanya pada sidang media pertama beliau di sini, hari ini, sejak dilantik menganggotai Kabinet pada 12 Dis 2023.
Selain itu, katanya, pelabur domestik turut memainkan peranan penting merancakkan ekonomi negara.
"Usaha kerajaan adalah bagi memadankan pelabur asing dan pelabur domestik serta menyokong merancakkan ekonomi Malaysia. Kementerian Kewangan (MoF) akan terus berbincang untuk membawa semua pihak bersama-sama untuk menjadi pemangkin dalam usaha mengembangkan ekonomi," katanya.
Amir Hamzah berkata kerajaan turut melihat kepada pelbagai jenis pelaburan yang masuk melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan berharap dapat membawa sektor baharu dan meningkatkan pulangan dari segi pekerjaan.
Sementara itu, katanya, kerajaan juga akan menaikkan lantai yang merujuk kepada usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat agar dapat mewujudkan peluang pendapatan yang berkualiti dan inklusif di samping menambah baik penyediaan perkhidmatan terutamanya pendidikan, kesihatan, infrastruktur asas, serta sistem perlindungan sosial yang lebih meluas.
"Bagi menaikkan lantai, ia berlandaskan isu penggajian dalam negara yang mana konsep gaji minimum serta gaji progresif telah diperkenalkan.
"Dari segi ekonomi, penting bagi rakyat mendapat penggajian yang lebih baik kerana ia membantu mewujudkan kesan berganda dan seterusnya merancakkan ekonomi," katanya.
Bernama
Fri Jan 26 2024
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang media di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.